Sejak
kebelakangan ini, sering dipaparkan di dada akhbar mengenai kes pemerdagangan
manusia yang semakin menjadi-jadi di
serantau dunia. Pemerdagangan manusia boleh ditakrifkan sebagai bentuk
perhambaan manusia pada masa ini.
Sebagai contoh, pemerdagangan yang sering berlaku melibatkan penjualan organ
manusia, sindeket pelacuran dan kerja tanpa gaji kepada buruh-buruh asing.
Kajian menunjukkan kira-kira 80 peratus mangsa adalah terdiri daripada wanita
dan gadis muda, serta 50 peratus adalah dari kalangan remaja bawah umur.
Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks
komersial. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana manusia tidak sepatutnya
diperlakukan sedemikian.
Antara
faktor yang mendorong kegiatan ini adalah kurang penguatkuasaan undang-undang.
Terdapat beberapa lokasi strategi seperti pintu masuk sempadan, lapangan
terbang atau pelabuhan yang tidak dijaga dengan rapi. Tambahan pula, ada juga
segelintir pihak berkuasa yang tidak amanah dengan mengambil rasuah dan hanya
memandang sebelah mata tentang kes ini. Selain itu, pendedahan yang kurang
berkaitan isu ini juga menjadi punca berlakunya pemerdagangan manusia. Orang
ramai haruslah peka akan isu ini dan lebih berhati-hati serta elakkan daripada
berjalan seorang diri di tempat yang sunyi. Oleh hal yang demikian kita semua
haruslah mengambil langkah berjaga-jaga walau di mana jua kita berada. Kerajaan
juga harus peka akan isu ini dengan mengetatkan penguatkuasaan undang-undang
serta meletakkan kawalan yang ketat dalam negara agar isu ini dapat dibendung .

No comments:
Post a Comment